Sunday 10 October 2010

Kedatanganmu Kami Tunggu.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, yang masih memberikan nikmat kepada kita. Segala puji bagiNya.

Maaf atas kelewatan meng'update' blog ini. InsyaAllah akan cuba jadi lebih efisyen pada masa akan datang.

Alhamdulillah, kehadiran adik-adik yang ditunggu akhirnya tiba. Semakin berkembang keluarga kami di bumi London ini.

Memang tak sabar menunggu mereka. Ada yang sampai mandi tak basah, tidur tak lena dek penangan adik-adik ni.

Memang kehadiran anda kami nantikan wahai adik-adik!

Sepanjang kehadiran adik-adik ni la baru kami cuba resipi-resipi yang agak tak membosankan tekak masing-masing serta menyediakan penginapan terbaik sementara tunggu untuk masuk ke hall masing-masing.

Dapat rasa ukhuwah antara kami semakin baik dan bertambah rapat, terutama apabila berjauhan dengan keluarga.

Adik-adik menjadikan kakak-kakak sebagai 'keluarga' mereka.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Banyak tempat yang adik-adik kami angkut. Car boot, Stamford Bridge stadium, Oxford Street, antara nama yang tak asing lagi pada adik-adik ini.

Kami juga menjadi pelanggan setia Primark kerana semestinya inilah tempat yang dituju untuk mencari segala jenis kelengkapan untuk tinggal di hall.

Saban hari, muka-muka inilah yang terpacak di dalam Primark, yang bertukar hanyalah adik-adik.

Harap-harap adik semua gembira dan selesa dengan layanan yang diberikan. Jemputlah datang ke rumah kami lagi lepas ni. Jangan pernah segan-segan ye?

Sambil tu, boleh la rancang untuk aktiviti winter kali ni. Ni nak promote sikit Perhimpunan Musim Sejuk 2010 yang akan diadakan di Sheffield.


Jom pergi beramai-ramai! Program terbaik untuk tahun ni! eksegerasi itu perlu! :P

Boleh mula mendaftar sekarang di http://pms2010.msmonline.net

Jumpa di sana!

No comments: