Saturday 21 May 2011

Support System.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Bulan ini merupakan bulan yang amat sibuk bagi semua orang terutama sekali bagi yang di UK dan Ireland. Bulan peperiksaan sudah tiba, dan tibalah masa untuk kita memperlihatkan kebolehan masing-masing.

Saya sendiri masih bertatih-tatih kerana ini merupakan pengalaman pertama mengambil peperiksaan disini. Suasana tidak banyak beza dengan di Malaysia.

Perbezaan ketara hanya bila melihat kiri dan kanan meja, semuanya berambut perang. Dan cuma saya seorang sahaja yang berhijab. Mungkin jurusan yang saya ambil kurang popular dalam kalangan Muslimah.

Tak dinafikan, bulan peperiksaaan inilah bulan yang paling sibuk dan memenatkan untuk semua orang termasuk saya sendiri. Pada masa dan ketika inilah pelbagai masalah timbul.

Bila disibukkan dengan perkara-perkara ini, tendency untuk kita rasa down atau stress lebih tinggi. Kita acapkali menyalahkan diri sendiri bila satu-satu perkara berlaku. 

Tahukah anda, pada masa dan ketika inillah sebenarnya kita sedang diuji secara tak langsung oleh Allah? Allah menguji kita dengan masa. Masa kita bersama dengan orang lain, boleh jadi housemate sendiri, boleh jadi rakan-rakan terdekat yang sebelum ni tangan kita sentiasa terbuka luas untuk menghulurkan pertolongan.

Tapi kenapa bila sampai je musim peperiksaan, semua menyepi. Macam tak pernah wujud pun. Adakah ini bermaksud masa peperiksaan ukhuwwah sesama kita tak perlu dijaga?

Friday 6 May 2011

Journey Of a Muslim 2011.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Entri kali ini khas buat adik-adik yang sedang membuat persediaan di kolej-kolej persediaan terkemuka di Malaysia sebelum terbang ke bumi United Kingdom dan Ireland.

Nak promote program yang pihak Ikram United Kingdom dan Ireland anjurkan khas untuk adik-adik. Program pra-persediaan untuk mereka yang akan ke UK and Ireland bound for their tertiary studies.


Tahukah anda, apa itu JOM?

JOM ialah singkatan untuk Journey Of a Muslim, program pra-persediaan untuk pelajar-pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara, secara spesifiknya ke UK dan Ireland. 

Bila?

22 hingga 24 Julai 2011.

Kat mana?

Akan diberitahu kelak.

Apa antara slot yang akan diadakan?

Akan ada beberapa slot yang akan memberi benefit kepada adik-adik yang teruja nak pergi ke negara orang sambil berkenalan dengan abang-abang dan kakak-kakak serta kawan-kawan baru yang bersama-sama ke UK dan Ireland.

Ni antara video untuk JOM sebelum ini, dan saya sendiri pernah menyertai program ni. Amat berbeza sekali dengan pre-departure program yang lain!


Untuk lebih informasi dan mendaftar, sila klik sini.

Jom kita pergi JOM!!! :)