Wednesday 20 April 2011

Tolong!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. Tidak dapat kita hitung nikmat itu kerana terlalu banyak nikmat yang diberikan, dan ternyata kita hanyalah hamba kepadaNya yang memerlukanNya.

Minta maaf atas keterlambatan untuk mengemaskini blog ini dengan entri yang terbaru. Beberapa kekangan menyebabkan saya tidak sempat untuk menulis.

InsyaAllah, akan diperbaiki lagi.

Hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan satu ayat yang saya rasa amat signifikan dengan hidup manusia. Bukan saya kata ayat Al-Quran semuanya tak signifikan, tapi kalau baca ayat ni, memang rasa dekat sangat.

Surah At-Taubah, surah ke-9, ayat ke 40.

Manusia ni, sangat suka kalau diberi pertolongan. Nak-nak bila memang masa tu dia amat memerlukan pertolongan. Pasti orang yang memberi pertolongan tu akan dia hargai, dan ingat sampai bila-bila.

Apatah lagi bila pertolongan itu datang dari Pencipta kita sendiri. Mesti kita rasa diri kita ni istimewa pada pandangan Pencipta.

Sesungguhnya, setiap dari kita memang istimewa, dan Allah ni memang sweet, tak kira hambaNya tu buat dosa banyak mana, Dia tetap akan ampunkan dosa sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya.