"Sucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi" Al-A'laa (87:1)
Allah telah berfirman kepada kita untuk menyucikan namaNya, walau dalam apa jua keadaan. Perkara ini amat penting dalam membetulkan aqidah kita.
Pada saat dan ketika surah ini diturunkan, situasinya adalah Rasulullah amat risau tentang orang-orang musyrik yang tak inginkan Islam itu.
Lihat saja Rasulullah, risau tentang umatnya, keseluruhan mereka. Kalau boleh nak Islamkan semua manusia di muka bumi ni masa hayatnya.
Tapi, Allah sendiri kata supaya jangan risau, masih ada perkara yang lebih penting daripada itu.
"Sucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi"
Allah cuba menarik perhatian Rasulullah, dengan mengatakan pentingnya membetulkan aqidah seseorang.
Aqidah itu core kepada segalanya. Kalau aqidah dah betul, insyaAllah tak ada masalah yang pelik-pelik akan timbul.
Masa kini, kalau kita lihat, zahirnya orang Muslim menyembah Allah, insyaAllah.
Tapi, kalau kita selami masalah yang timbul sekarang, semuanya kerana aqidah tu dah berubah.
Bertuhankan wang, harta, nafsu. Bukan lagi Allah semata-mata.
Fitrah manusia memang suka memberi pendapat. Malah, suka kalau pendapatnya diterima. Lebih parah, kalau pendapatnya itu salah tapi masih nak orang terima.
Kalau aqidah kita tu tetap, menyembah hanya Allah sebagai rabb, mesti dapat beza baik dan buruk, atau hak dan batil dengan mudah.