Sunday 12 December 2010

Celup-Celup.


Satu Hari Satu Ayat : Al-Baqarah (138)

"Sibgah Allah". Siapa yang lebih baik sighahnya daripada Allah? Dan kepadaNya kami menyembah.

One Ayah a Day : Al-Baqarah (138)

(Our religion is the) Baptism of Allah: and who can baptize better than Allah? And it is Him whom we worship.


Sibgah yang dimaksudkan disini adalah celupan. Celupan yang sudah Allah beri sejak azali lagi. Ayat ini amat signifikan kepada penulis.

Masa kini, orang sibuk mengejar celupan, tapi bukan celupan Allah yang satu itu.

Kita disibukkan dengan perkara-perkara bukan mendekatkan, malah menjauhkan lagi kita daripada menjadi celupan Allah.

Satu analogi, marshmellow putih dan kain putih.

Marshmellow itu, kalau dimakan begitu saja pun sedap. Tapi, cuba kita celupkan marshmellow tu dalam coklat.

Mesti lagi sedap kan? Ala-ala strawberi yang bersalut coklat tu.

Tapi, tiap-tiap kali kita jilat coklat yang ada pada marshmellow tu, kita kena celup lagi dalam coklat.

Proses itu diulang-ulang.

Kalau kain pula, bila dicelup dalam warna air. Keringkan, kita dapat warna yang kita nak. Dan warna tu tahan, sehinggalah bila ia pudar kerana selalu dipakai.

Proses mencelup kain dalam warna yang kita nak tu dilakukan sekali je, tapi bertahan warnanya.

Macam tu juga dengan celupan Allah dan celupan kita.

Sunday 28 November 2010

Monday 15 November 2010

Perhimpunan Musim Sejuk 2010.



Asslamualaikum dan selamat sejahtera.

Semoga kita semua masih berada dibawah lembayung rahmatNya. Segala puji bagi Allah yang tak putus-putus memberikan nikmat kepada kita.

InsyaAllah, hampir sebulan lebih juniors berada di lokaliti masing-masing, semuanya pasti sudah hebat belaka dengan lifestyle di UK ni kan?

Entri kali ni lebih untuk mempromosi Perhimpunan Musim Sejuk, atau lebih dikenali sebagai PMS.

Apa itu PMS?

PMS adalah satu program yang diadakan pada setiap tahun, pada musim sejuk. The name explains all. Perhimpunan semua pelajar di luar negara, bukan sahaja dari UK, malah dari US, France dan di seluruh pelusuk Eropah.

Apa tujuan program ni diadakan?

Tujuan utama adalah untuk menghimpunkan semua Muslim dari seluruh Eropah untuk berkongsi pengalaman disamping mengisi masa lapang insan-insan yang tak tahu ke mana. Selain itu, ada juga talk dari speaker yang didatangkan khas.

Kalau dah pergi tahun lepas, tahun ni tak payah la pergi kan?

Untuk pengetahuan semua, program ini mengikut tahap. Untuk freshers, anda akan berada di tahap satu, di mana talk yang disampaikan bersesuaian dengan keadaan masing-masing yang baru sampai. Dan seterusnya.

Kat mana PMS tahun ni?

Tahun ni, bumi Sheffield menjadi pilihan. PMS akan bertempat di Jamia Al Hudaa, Sheffield Park House, Bawtry Road, Tinsley, Sheffield S9 1WD. (boleh google search)

Bila PMS akan diadakan?

Untuk tahun ni, dari 24 hingga 27 Disember.

Kami selitkan disini, video promosi PMS. Enjoy!


InsyaAllah, jumpa di Sheffield winter ini!


Friday 29 October 2010

OH! Lamanya tak update!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Genap sebulan bersama keluarga baru. Amat gembira. Namun disebalik kegembiraan itu, ada juga terselit kesedihan.

Kakak kami yang tersayang, Norsyazwani Azman pulang ke tanah air pada 18 Oktober yang lepas setelah menghabiskan Masters beliau di Queen Mary University of London.

Alhamdulillah, syukur kerana beliau dikurniakan keputusan yang amat membanggakan.

Tahniah, dan selamat bekerja kak!

Selain itu, musim ini adalah musim yang agak sibuk. Setelah selesai membantu urusan adik-adik, bagi seniors yang berpindah ke tempat tinggal yang baru, pasti ada sesi housewarming di rumah masing-masing.

Dan inilah rutin mingguan, memenuhi jemputan yang ada. Terima kasih yang tidak terhingga buat penganjur.

InsyaAllah, pada esok hari akan dianjurkan satu program khas untuk adik-adik yang baru sebulan menetap di bumi London ini.

Program OH! From Zero to Hero pasti akan membuat mereka semua tertunggu.

InsyaAllah program ini akan mengubah cara anda berfikir dan mula mereflek diri terhadap apa yang telah berlaku pada masa yang lalu.


Video promosi OH!

Program ini akan diadakan di Muslim Welfare House, Finsbury Park, London. Terbuka kepada semua, bukan orang London je. Orang luar London pun dijemput datang.

Can't wait for tomorrow!

Sunday 10 October 2010

Kedatanganmu Kami Tunggu.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Syukur kepada Allah, yang masih memberikan nikmat kepada kita. Segala puji bagiNya.

Maaf atas kelewatan meng'update' blog ini. InsyaAllah akan cuba jadi lebih efisyen pada masa akan datang.

Alhamdulillah, kehadiran adik-adik yang ditunggu akhirnya tiba. Semakin berkembang keluarga kami di bumi London ini.

Memang tak sabar menunggu mereka. Ada yang sampai mandi tak basah, tidur tak lena dek penangan adik-adik ni.

Memang kehadiran anda kami nantikan wahai adik-adik!

Sepanjang kehadiran adik-adik ni la baru kami cuba resipi-resipi yang agak tak membosankan tekak masing-masing serta menyediakan penginapan terbaik sementara tunggu untuk masuk ke hall masing-masing.

Dapat rasa ukhuwah antara kami semakin baik dan bertambah rapat, terutama apabila berjauhan dengan keluarga.

Adik-adik menjadikan kakak-kakak sebagai 'keluarga' mereka.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Banyak tempat yang adik-adik kami angkut. Car boot, Stamford Bridge stadium, Oxford Street, antara nama yang tak asing lagi pada adik-adik ini.

Kami juga menjadi pelanggan setia Primark kerana semestinya inilah tempat yang dituju untuk mencari segala jenis kelengkapan untuk tinggal di hall.

Saban hari, muka-muka inilah yang terpacak di dalam Primark, yang bertukar hanyalah adik-adik.

Harap-harap adik semua gembira dan selesa dengan layanan yang diberikan. Jemputlah datang ke rumah kami lagi lepas ni. Jangan pernah segan-segan ye?

Sambil tu, boleh la rancang untuk aktiviti winter kali ni. Ni nak promote sikit Perhimpunan Musim Sejuk 2010 yang akan diadakan di Sheffield.


Jom pergi beramai-ramai! Program terbaik untuk tahun ni! eksegerasi itu perlu! :P

Boleh mula mendaftar sekarang di http://pms2010.msmonline.net

Jumpa di sana!

Selamat Datang!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat datang kami warga London seluruhnya ucapkan kepada pelajar-pelajar baru yang akan datang ke London pada sesi 10/11 inshaAllah. Dan pastinya setiap yang datang ke London akan merasakan kelainan daripada yang anda rasakan di Malaysia.
of course from the weather but there's more to discover..!!

Bermula dengan musim luruh pada September, anda boleh melihat rimbunan dedaun luruh, dihiasi dengan pemandangan yang sangat indah. maybe we can have some picnic together? :)


Pada musim sejuk pula, anda akan merasai sejuk yang mencengkam hingga ke tulang, dan inshaAllah akan turunnya emping-emping putih (salji). Seperti yang berlau 2 tahun lepas, ribt salji melanda London, tapi kami yang berada di London sangatlah bersuka-ria bermain salji.. hihihi..

Musim sejuk ini pastinya akan menjanjikan kelainan pada anda. Kami mengadakan Winter Retreat di mana semua pelajar UK/Eire berkumpul bersama mengeratkan silaturrahim. Pada musim sejuk yang lepas, kami mengadakan Winter Retreat ini di Loch Lomond, Scotland.


Dan ini adalah Promo Winter Retreat 2009




Macam mana? Tak sabar nak datang London?

Nantikan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik..!!