Tuesday 25 January 2011

Islam Agama Pengganas?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagiNya, pencipta langit dan bumi, matahari dan bulan, semuanya berpasang-pasangan. Indah dan cantiknya, tak siapa mampu buat semua itu kecuali Allah.

Masa kini, keganasan atau terrorism amat sinonim dengan Islam. Sebagai seorang Muslim, saya ingin melahirkan perasaan kecewa saya terhadap dakwaan ini.

Adilkah bagi Islam didakwa sebagai pengganas kerana perlakuan umatnya?

Adakah umat yang melakukan keganasan tersebut menggunakan dalil yang harus kita rujuk; Al-Quran dan sunnah Rasulullah?

Islamkah perbuatan mereka? Atau mereka yang menIslamkan perbuatan mereka?

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Apa jua matlamat, seperti mengeluarkan unsur-unsur kebaratan dari negara-negara Islam yang ingin dilakukan oleh Al-Qaeda.

Kita sendiri pun tidak pasti tentang kewujudan Al-Qaeda ini. Adakah hanya salah satu agenda dan propaganda musuh-musuh Islam itu sendiri?

Bila berkata tentang musuh, maksudnya mereka yang tidak mahu menerima Islam, malah tidak mahu tahu langsung tentang Islam, dan menentang orang-orang yang menginginkan cahaya Islam itu.

Perkara itu sama sekali tidak memerlukan tindakan kekerasan. Mungkin cara berlembut lebih berkesan kan?

Saturday 22 January 2011

Ilmu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagiNya, Tuhan sekalian alam. Dia yang mentadbir alam, walaupun sekalian alam sibuk dengan tugas-tugas mereka, ketika mereka bangun dan ketika mereka tidur.

Minta maaf atas kefuturan blog ni, dimana masa pengikut blog ini memerlukan makanan roh mereka, tak ada pula orang nak update.

Salah pengendala blog ini. Minta maaf sekali lagi.

Bagi yang menginginkan pengisian jiwa daripada blog ini, insyaAllah saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Tapi, sesungguhnya yang memberi kefahaman kepada setiap orang itu hanyalah Allah Azza Wa Jalla. (Allah the Mighty and the Majestic)

Ada hadith Rasulullah saw yang berbunyi :

Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang berilmu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya,
sehingga kesudahannya itu didalam syurga."
( Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Disini dah cukup menunjukkan kepentingan ilmu dalam Islam sendiri. Tindak-tanduk kita sebagai seorang Muslim perlulah bersandarkan kepada ilmu. Kerana tanpa ilmu, amal kita tidak akan bergerak.

Dimana pun kita berada, ilmu itu sentiasa ada. Ilmu Allah itu sangat luas. Sebab itulah, kalau ke universiti, banyak course yang ditawarkan untuk kita belajar. Sehinggakan, semua manusia mampu untuk dicelupkan dalam warna yang berbeza.

Manusia punya variasi berdasarkan warna yang dicelupnya; ilmu yang dipilih untuk dipelajari.