Wednesday 20 April 2011

Tolong!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. Tidak dapat kita hitung nikmat itu kerana terlalu banyak nikmat yang diberikan, dan ternyata kita hanyalah hamba kepadaNya yang memerlukanNya.

Minta maaf atas keterlambatan untuk mengemaskini blog ini dengan entri yang terbaru. Beberapa kekangan menyebabkan saya tidak sempat untuk menulis.

InsyaAllah, akan diperbaiki lagi.

Hari ini, saya ingin berkongsi berkenaan satu ayat yang saya rasa amat signifikan dengan hidup manusia. Bukan saya kata ayat Al-Quran semuanya tak signifikan, tapi kalau baca ayat ni, memang rasa dekat sangat.

Surah At-Taubah, surah ke-9, ayat ke 40.

Manusia ni, sangat suka kalau diberi pertolongan. Nak-nak bila memang masa tu dia amat memerlukan pertolongan. Pasti orang yang memberi pertolongan tu akan dia hargai, dan ingat sampai bila-bila.

Apatah lagi bila pertolongan itu datang dari Pencipta kita sendiri. Mesti kita rasa diri kita ni istimewa pada pandangan Pencipta.

Sesungguhnya, setiap dari kita memang istimewa, dan Allah ni memang sweet, tak kira hambaNya tu buat dosa banyak mana, Dia tetap akan ampunkan dosa sekiranya mereka memohon ampun daripadaNya.


Tertarik dengan satu baris perkataan yang disebut dalam ayat ini iaitu:

"Jangan engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita"


Kebergantungan kedua-dua pemuda yang berada dalam gua ini kepada Allah sangat tinggi. Dan disini juga peranan seorang sahabat amat penting sebagai 'support system'.

Seorang sahabat yang baik akan sentiasa mengingatkan sahabatnya bahawa setiap apa yang terjadi telah ditentukan oleh Allah. Allah menguji hambaNya sesuai dengan capability atau kemampuan mereka.

Ingatlah, apabila ujian menimpa, tandanya Allah masih mengingati kita.

Allah menguji hambaNya yang mampu. Kalau yang tidak berkemampuan, contohnya, Allah memang tidak memberi dia nikmat untuk melihat dan mendengar, maka Allah tak akan uji dia. 

Sebab dia tidak mampu untuk menghadapi ujian Allah. Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil.

Teringat satu kata-kata daripada sahabat saya,

"Allah tidak akan mencampakkan rasa ingin bertaubat dalam diri sesorang hamba sekiranya Allah betul-betul nak mengazabnya."

Bila timbul perasaan ingin bertaubat, maka bertaubatlah. Itu bermaksud Allah masih menyayangi kita. 

Kalau dalam diri tak ada rasa nak bertaubat langsung, muhasabahlah dirimu. Adakah Allah dah tarik nikmat ingin bertaubat dari kita? Dan adakah Allah memang nak azab kita atas dosa yang kita lakukan?

Renung-renungkan, dan selamat beramal! :)

No comments: