Saturday 21 May 2011

Support System.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang.

Bulan ini merupakan bulan yang amat sibuk bagi semua orang terutama sekali bagi yang di UK dan Ireland. Bulan peperiksaan sudah tiba, dan tibalah masa untuk kita memperlihatkan kebolehan masing-masing.

Saya sendiri masih bertatih-tatih kerana ini merupakan pengalaman pertama mengambil peperiksaan disini. Suasana tidak banyak beza dengan di Malaysia.

Perbezaan ketara hanya bila melihat kiri dan kanan meja, semuanya berambut perang. Dan cuma saya seorang sahaja yang berhijab. Mungkin jurusan yang saya ambil kurang popular dalam kalangan Muslimah.

Tak dinafikan, bulan peperiksaaan inilah bulan yang paling sibuk dan memenatkan untuk semua orang termasuk saya sendiri. Pada masa dan ketika inilah pelbagai masalah timbul.

Bila disibukkan dengan perkara-perkara ini, tendency untuk kita rasa down atau stress lebih tinggi. Kita acapkali menyalahkan diri sendiri bila satu-satu perkara berlaku. 

Tahukah anda, pada masa dan ketika inillah sebenarnya kita sedang diuji secara tak langsung oleh Allah? Allah menguji kita dengan masa. Masa kita bersama dengan orang lain, boleh jadi housemate sendiri, boleh jadi rakan-rakan terdekat yang sebelum ni tangan kita sentiasa terbuka luas untuk menghulurkan pertolongan.

Tapi kenapa bila sampai je musim peperiksaan, semua menyepi. Macam tak pernah wujud pun. Adakah ini bermaksud masa peperiksaan ukhuwwah sesama kita tak perlu dijaga?


Inilah kemanisan ukhuwwah, yang amat berbeza dengan persahabatan. Ukhuwwah mengambil kira setiap sudut aspek, bukan pada aspek yang tertentu. Makan dan minum terasa dijaga oleh sahabat, sakit diberi perhatian, masalah diselesaikan bersama.

Hanya orang yang merasai kemanisan ukhuwwah boleh mengatakan yang ukhuwwah sangat berbeza dengan persahabatan.

Bilamana masalah atau konflik yang timbul diselesaikan dalam suasana yang tenang, tidak ada perbalahan mulut. Diselesaikan dengan cara yang paling berhikmah.

Point disini adalah untuk mengingatkan sesama kita agar menjaga ukhuwwah itu tak kira masa dan ketika. Semua orang mempunyai masalah sendiri, dan kita cuba selesaikan dalam keadaan yang terbaik, bukan menambahkan lagi.

Manusia sentiasa memerlukan dan amat menghargai jika wujudnya support system untuknya. Jadi, marilah kita sama-sama support sahabat kita tak kira masa dan ketika. Be it masa senang atau susah. Contoh paling dekat, masa exam season ni, berapa ramai antara kita yang mengofferkan diri sebagai support system kepada sahabatnya?

Manusia memang berbeza antara satu sama lain. Memang Allah jadikan kita berpuak-puak dan bersuku-suku agar kita dapat berkenal-kenalan. Hikmahnya supaya dapat menikmati setiap satu perbezaan yang ada itu.

Alangkah indahnya perbezaan itu sekiranya kita dapat menikmati setiap satunya. Meraikan perbezaan itu sebagai sesuatu yang dapat memberikan kebaikan kepada kita.

Varietynya kita di muka bumi inilah yang mewarnai seluruh pelusuk bumi ini. Kalau sama saja semuanya, kita tiada beza dengan robot yang dibuat di kilang-kilang.

Sekadar peringatan untuk diri, dan juga untuk semua yang membaca blog ini.

Renung-renungkan dan selamat beramal. :)

No comments: