Satu Hari Satu Ayat : Al-Baqarah (138)
"Sibgah Allah". Siapa yang lebih baik sighahnya daripada Allah? Dan kepadaNya kami menyembah.
One Ayah a Day : Al-Baqarah (138)
(Our religion is the) Baptism of Allah: and who can baptize better than Allah? And it is Him whom we worship.
Sibgah yang dimaksudkan disini adalah celupan. Celupan yang sudah Allah beri sejak azali lagi. Ayat ini amat signifikan kepada penulis.
Masa kini, orang sibuk mengejar celupan, tapi bukan celupan Allah yang satu itu.
Kita disibukkan dengan perkara-perkara bukan mendekatkan, malah menjauhkan lagi kita daripada menjadi celupan Allah.
Satu analogi, marshmellow putih dan kain putih.
Marshmellow itu, kalau dimakan begitu saja pun sedap. Tapi, cuba kita celupkan marshmellow tu dalam coklat.
Mesti lagi sedap kan? Ala-ala strawberi yang bersalut coklat tu.
Tapi, tiap-tiap kali kita jilat coklat yang ada pada marshmellow tu, kita kena celup lagi dalam coklat.
Proses itu diulang-ulang.
Kalau kain pula, bila dicelup dalam warna air. Keringkan, kita dapat warna yang kita nak. Dan warna tu tahan, sehinggalah bila ia pudar kerana selalu dipakai.
Proses mencelup kain dalam warna yang kita nak tu dilakukan sekali je, tapi bertahan warnanya.
Kalau kita memilih untuk mencelupkan diri kita dengan celupan sendiri, maka gerenti tak tahan.
Sebab apa? Sebab Allah dah cakap dalam ayat ni, "dan siapa yang lebih baik sibghahNya daripada Allah?"
Janji siapa yang kita boleh percaya? Sedangkan manusia tu sendiri sentiasa dalam kelemahan, maka janji Allah saja yang boleh dipercayai.
Allah dah jadikan kita secara fitrah dalam celupanNya.
Buat apa susah-susah nak cari celupan lain. Yang kita nak kejar kehidupan yang kekal abadi tu.
Dunia ni hanyalah sementara, platform kita beramal soleh untuk mengejar Syurga tertinggi.
Renung-renungkan, dan selamat beramal! :)
No comments:
Post a Comment