Saturday, 22 January 2011

Ilmu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagiNya, Tuhan sekalian alam. Dia yang mentadbir alam, walaupun sekalian alam sibuk dengan tugas-tugas mereka, ketika mereka bangun dan ketika mereka tidur.

Minta maaf atas kefuturan blog ni, dimana masa pengikut blog ini memerlukan makanan roh mereka, tak ada pula orang nak update.

Salah pengendala blog ini. Minta maaf sekali lagi.

Bagi yang menginginkan pengisian jiwa daripada blog ini, insyaAllah saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Tapi, sesungguhnya yang memberi kefahaman kepada setiap orang itu hanyalah Allah Azza Wa Jalla. (Allah the Mighty and the Majestic)

Ada hadith Rasulullah saw yang berbunyi :

Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang berilmu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya,
sehingga kesudahannya itu didalam syurga."
( Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Disini dah cukup menunjukkan kepentingan ilmu dalam Islam sendiri. Tindak-tanduk kita sebagai seorang Muslim perlulah bersandarkan kepada ilmu. Kerana tanpa ilmu, amal kita tidak akan bergerak.

Dimana pun kita berada, ilmu itu sentiasa ada. Ilmu Allah itu sangat luas. Sebab itulah, kalau ke universiti, banyak course yang ditawarkan untuk kita belajar. Sehinggakan, semua manusia mampu untuk dicelupkan dalam warna yang berbeza.

Manusia punya variasi berdasarkan warna yang dicelupnya; ilmu yang dipilih untuk dipelajari.

Cuba kita bayangkan, kalau seseorang itu, tidak mempunyai ilmu dan cuba beramal. (Beramal disini ialah untuk mengeluarkan outcome atau action)

Memang mustahil untuk perkara itu berlaku, sebab inputnya tiada, jadi tak ada benda untuk diproses, jadi tiada outcome.

Ilmu Allah itu sangat luas, sampai sehingga ke hari ini, masih berlaku research-research di universiti. Nampak, betapa luasnya ilmu supaya proses menuntut ilmu itu berlaku sepanjang zaman.

Kalau rasa menuntut ilmu itu susah, ingatlah bahawa ada hadith Rasulullah yang berbunyi:

Dari Abu Amamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Tuntutlah ilmu sebelum ia dicabut. Dan maksud ilmu itu dicabut ialah diangkat daripada permukaan bumi ini."
Lalu Rasulullah mengisyaratkan dengan menggambarkan jari telunjuknya sambil bersabda: "Orang yang alim dan orang yang belajar ilmu itu bersama-sama dalam mendapatkan pahala. Dan orang yang lain dari mereka berdua sudah tidak mendapat apa-apa kebaikan."

Kita dapat lihat dimana bezanya orang yang berilmu dan yang tidak. Dan kita mahu mendapatkan ganjaran untuk mengejar syurga Allah yang mahal harganya itu.

Pentingnya menjadi orang yang berilmu ini adalah supaya kita berupaya membezakan perkara hak dan batil, sesuai dengan kata-kata Umar bin Abdul Aziz:

"Barangsiapa yang melakukan sesuatu tetapi dia tidak mempunyai ilmu,
nescaya dia akan melakukan kerosakkan lebih daripada yang cuba dia perbaiki."

Kalau perkara itu melanggar syariat Allah, maka perlunya orang yang berilmu untuk membetulkannya. Bukan tunduk kepada pemerintah yang taghut.

Dan membetulkan itu mestilah berdasarkan dalil-dalil yang sahih seperti dari Al-Quran dan hadith Rasullah s.a.w, supaya tiada debat dalam membetulkan perkara yang batil itu.

Bagi saya, cara mencari ilmu yang paling mudah adalah dengan membaca buku. Senang untuk didapati, dan mudah untuk diakses.

Ambil saja sebuah buku, duduk dan baca. Walaupun satu muka surat, ada ilmu yang akan kita dapat, insyaAllah.

Kalau tak faham, bertanyalah kepada orang yang lebih berilmu kerana bertanya itu adalah kunci kepada ilmu.

Memetik kata-kata Hasan al-Basri:

"Carilah ilmu selagi ia tidak menganggu ibadah kamu, dan beribadahlah kamu selagi ia tidak menganggu pencarian ilmu kamu."

Teruskan mencari ilmu, supaya kita menjadi orang yang berguna, dan dapat memberikan kebaikan dan manfaat kepada orang lain.

Renung-renungkan, dan selamat beramal! :)

No comments: