Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagiNya, pencipta langit dan bumi, matahari dan bulan, semuanya berpasang-pasangan. Indah dan cantiknya, tak siapa mampu buat semua itu kecuali Allah.
Masa kini, keganasan atau terrorism amat sinonim dengan Islam. Sebagai seorang Muslim, saya ingin melahirkan perasaan kecewa saya terhadap dakwaan ini.
Adilkah bagi Islam didakwa sebagai pengganas kerana perlakuan umatnya?
Adakah umat yang melakukan keganasan tersebut menggunakan dalil yang harus kita rujuk; Al-Quran dan sunnah Rasulullah?
Islamkah perbuatan mereka? Atau mereka yang menIslamkan perbuatan mereka?
Matlamat tidak menghalalkan cara.
Apa jua matlamat, seperti mengeluarkan unsur-unsur kebaratan dari negara-negara Islam yang ingin dilakukan oleh Al-Qaeda.
Kita sendiri pun tidak pasti tentang kewujudan Al-Qaeda ini. Adakah hanya salah satu agenda dan propaganda musuh-musuh Islam itu sendiri?
Bila berkata tentang musuh, maksudnya mereka yang tidak mahu menerima Islam, malah tidak mahu tahu langsung tentang Islam, dan menentang orang-orang yang menginginkan cahaya Islam itu.
Perkara itu sama sekali tidak memerlukan tindakan kekerasan. Mungkin cara berlembut lebih berkesan kan?
Hari ini, dalam kelas Politik, kami membincangkan tentang perkara ini. Dan saya amat terasa, sebabnya semua mata memandang ke arah saya.
Hakikatnya, saya seorang yang bertudung dalam kelas tu.
Dan perbincangan itu tak terlalu bias sebab cikgu saya seorang ahli falsafah. Dia berfikir menggunakan logik akal, yang ada kala tak elok juga.
"Kalau guna definisi terrorism, Amerika Syarikat dan Israel juga bergelar sebagai pengganas, kerana mereka menggunakan keganasan untuk mengambil alih hak milik sesebuah negara."
Saya rasa lega kerana hakikatnya, perkara ini berjaya menjernihkan persepsi orang yang tidak pernah tahu tentang Islam dan menggelar penganutnya sebagai pengganas.
Walaupun kerap kali mereka membangkitkan isu 11 September.
Surah Al-Baqarah, ayat 190:
"Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu,
tetapi jangan melampaui batas. Sungguh, Allah tidak menyukai
orang-orang yang melampaui batas."
Kalau kita lihat ayat di atas, terang lagi bersuluh Allah tak suka orang-orang yang melampaui batas. Membunuh rakyat-rakyat yang tidak berdosa, sudah pasti masuk kategori melampaui batas.
Perlakuan itu, tidak diajar dalam Islam. Malah, kalau ingin berperang sekalipun, apabila diserang oleh pihak musuh, tidak boleh kita yang memulakan perang dulu.
Wanita dan kanak-kanak serta orang tua mendapat keutamaan untuk diberi perlindungan oleh tentera Islam.
To kill civilians without a strong purpose is not a teaching of Islam. Atas sebab ini jugalah Islam bukan agama yang mengajarkan penganutnya tentang keganasan.
Untuk yang bukan beragama Islam, anda boleh ambil tafsir Al-Quran dan cuba lihat isi kandungannya.
Lebih baik lagi, jika anda mempelajari bahasa Arab kerana makna ayat-ayat Al-Quran itu lebih tepat dalam bahasa Arab.
Indahnya bahasa Al-Quran itu.
Mari kita renungkan, reflek kembali diri. Adakah kita salah seorang yang mengIslamkan perbuatan kita?
Renung-renungkan, dan selamat beramal! :)
No comments:
Post a Comment