Thursday 31 March 2011

Kebebasan.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Dia yang mentadbir alam dengan seadil-adilnya, tanpa mengira pangkat dan harta seseorang.


Kebebasan sebenar adalah kebebasan dari pemimpin taghut, atau pemimpin yang tidak menggunakan hukum Allah dalam pemerintahannya.

Makanya kerana itulah setiap Muslim di dunia ini memerlukan seorang pemimpin yang adil untuk menjaga kebajikan serta menegakkan keadilan bagi semua umat di muka bumi.

Perkataan 'khalifah' amat ditakuti oleh negara-negara besar yang menguasai dunia masa kini.

Sekali Islam itu mula naik, pasti mereka kehilangan kekuasaan mereka terhadap setiap benda yang ada di dunia ini.

Sama seperti ketika Nabi Muhammad memulakan dakwahnya di Mekah, pembesar-pembesar Quraisy semuanya tidak mahu melafazkan syahadah tersebut,

Ini kerana beratnya makna syahadah itu, bermaksud mereka perlu meninggalkan dunia mereka yang jahiliyyah itu dan kembali kepada mentauhidkan Allah.

Menipu dalam melakukan urus niaga, berlaku zalim pada wanita dan hamba. Semua itu perlu ditinggalkan.

Malah, taraf mereka sama tinggi dengan hamba-hamba yang pernah berkhidmat untuk mereka apabila mereka melafazkan syahadah itu.

Oleh itu, hakikat kita yang sudah islam sejak lahir, adakah mengucapkan syahadah itu hanya sekadar omong kosong?

Adakah kita melaksanakan tanggungjawab yang disandarkan kepada kita bersama dengan syahadah itu? 

Renung-renungkan, dan selamat beramal! :)

No comments: