Monday, 21 February 2011

Suci.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Sucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi" Al-A'laa (87:1)

Allah telah berfirman kepada kita untuk menyucikan namaNya, walau dalam apa jua keadaan. Perkara ini amat penting dalam membetulkan aqidah kita. 

Pada saat dan ketika surah ini diturunkan, situasinya adalah Rasulullah amat risau tentang orang-orang musyrik yang tak inginkan Islam itu.

Lihat saja Rasulullah, risau tentang umatnya, keseluruhan mereka. Kalau boleh nak Islamkan semua manusia di muka bumi ni masa hayatnya.

Tapi, Allah sendiri kata supaya jangan risau, masih ada perkara yang lebih penting daripada itu.

"Sucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi"

Allah cuba menarik perhatian Rasulullah, dengan mengatakan pentingnya membetulkan aqidah seseorang.

Aqidah itu core kepada segalanya. Kalau aqidah dah betul, insyaAllah tak ada masalah yang pelik-pelik akan timbul.

Masa kini, kalau kita lihat, zahirnya orang Muslim menyembah Allah, insyaAllah.

Tapi, kalau kita selami masalah yang timbul sekarang, semuanya kerana aqidah tu dah berubah.

Bertuhankan wang, harta, nafsu. Bukan lagi Allah semata-mata.

Fitrah manusia memang suka memberi pendapat. Malah, suka kalau pendapatnya diterima. Lebih parah, kalau pendapatnya itu salah tapi masih nak orang terima.

Kalau aqidah kita tu tetap, menyembah hanya Allah sebagai rabb, mesti dapat beza baik dan buruk, atau hak dan batil dengan mudah.

Friday, 18 February 2011

Kesaksian



Lailahaillallah
hanya kepada Allah aku mengharap
tapi kepada siapa pon, masyaAllah, aku mengharap

Lailahaillallah
hanya kepada Allah aku memohon
tapi kepada sesiapa pun, masyaAllah, aku terus memohon

Lailahaillallah
hanya kepada Allah aku bersimpuh
tapi kepada apapun, masyaAllah, aku terus bersimpuh

Lailahaillallah
hanya kepada Allah aku bersujud
tapi kepada apapun aku terus bersujud

Lailahaillallah
MasyaAllah..



Friday, 11 February 2011

Kita Manusia Terpilih




" Ia (Iblis) berkata, "Tuhanku oleh kerana engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,

kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka."

Dia (Allah) berfirman, "Ini adalah jalan yang lurus (menuju) kepada-Ku."
[Al-Hijr (15): 39-41]


Dalam ramai-ramai kelompok manusia yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang, kita TERPILIH untuk melanjutkan pelajaran di luar negara, di bumi United Kingdom nan indah permai ini.

Dalam ramai-ramai kelompok manusia yang melanjutkan pelajaran di bumi United Kingdom ini atau dimana-mana sahaja, kita (iaitu anda yang sedang membaca, ya, anda lah, siapa lagi..) yang TERPILIH untuk memahami keagungan Islam, keindahan Islam, kesyumulan Islam.

TERPILIH untuk mengenaliNya
TERPILIH untuk mendekatiNya
bahkan TERPILIH untuk menjadi penolongNya.

" Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia,
"Siapa yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?"
Pengikut-penikutnya yang setia itu berkata,
"Kamilah penolong-penolong (agama) Allah."..."
[QS As-Saff(61):14]

Bersyukurlah kerana kita dipilih sendiri olehNya untuk menjadi penolongNya dalam agamaNya.

Teringat seorang ukhti menulis di wall facebooknya :

" I am a Muslim,
and that's the Greatest Gift. "

Subhanallah!
Hadiah apa lagi yang kita mahukan selain hadiah ini?
Penghargaan apa lagi yang kita mahukan selain penghargaan ini?

" Dan terhadap nikmat Tuhanmu,
hendaklah kamu nyatakan (dengan bersyukur). "
[QS Ad-Duha(93):11]


Alhamdulillah...bersyukurlah kita atas kurniaan rahmat itu. Perlunya rasa bersyukur kerana nikmat mana dalam hidup yang tidak datang dariNya?

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang 
kamu dustakan?"
[QS Ar-Rahman(55):16]

Monday, 7 February 2011

Syahadat.


Syahadat

Inilah kesaksianku
inilah pernyataanku
inilah ikrarku

Lailahaillallah
tak ada yang boleh memperhambaku kecuali Allah
tapi nafsuku terus memperhambaku

Lailahaillallah
tak ada yang boleh menguasaiku kecuali Allah
tetapi kekuasaan terus menguasaiku

Lailahaillallah
Tak ada yang boleh menjajahku kecuali Allah
tapi materi terus menjajahku

Lailahaillallah
Tak ada yang boleh mengaturku kecuali Allah
tapi benda mati terus mengaturku

Lailahaillallah
tak ada yang boleh memaksaku kecuali Allah
tapi syahwat terus memaksaku

Lailahaillallah
tak ada yang boleh mengancamku kecuali Allah
tapi rasa takut terus mengancamku

Lailahaillallah
tak ada yang boleh merekayasaku kecuali Allah
tapi kepentingan terus merekayasa aku

Lailahaillallah
hanya kepada Allah aku mengharap
tapi kepada siapa pon, masyaAllah, aku mengharap