"Sucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi" Al-A'laa (87:1)
Allah telah berfirman kepada kita untuk menyucikan namaNya, walau dalam apa jua keadaan. Perkara ini amat penting dalam membetulkan aqidah kita.
Pada saat dan ketika surah ini diturunkan, situasinya adalah Rasulullah amat risau tentang orang-orang musyrik yang tak inginkan Islam itu.
Lihat saja Rasulullah, risau tentang umatnya, keseluruhan mereka. Kalau boleh nak Islamkan semua manusia di muka bumi ni masa hayatnya.
Tapi, Allah sendiri kata supaya jangan risau, masih ada perkara yang lebih penting daripada itu.
"Sucikan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi"
Allah cuba menarik perhatian Rasulullah, dengan mengatakan pentingnya membetulkan aqidah seseorang.
Aqidah itu core kepada segalanya. Kalau aqidah dah betul, insyaAllah tak ada masalah yang pelik-pelik akan timbul.
Masa kini, kalau kita lihat, zahirnya orang Muslim menyembah Allah, insyaAllah.
Tapi, kalau kita selami masalah yang timbul sekarang, semuanya kerana aqidah tu dah berubah.
Bertuhankan wang, harta, nafsu. Bukan lagi Allah semata-mata.
Fitrah manusia memang suka memberi pendapat. Malah, suka kalau pendapatnya diterima. Lebih parah, kalau pendapatnya itu salah tapi masih nak orang terima.
Kalau aqidah kita tu tetap, menyembah hanya Allah sebagai rabb, mesti dapat beza baik dan buruk, atau hak dan batil dengan mudah.
Tapi, kalau tak pernah cuba nak membuang karat-karat jahiliyyah dalam diri, mesti kita terima benda batil dengan mudah. Walaupun hak itu terbentang luas di depan mata.
Macam satu situasi, satu pertandingan dibuat. Landasan 'hanya untuk wanita' berhibur.
Maka pada saat ini, adakah kita masih mengekalkan ciri-ciri yang Islam tanamkan, atau kita pilih benda yang lebih dekat dengan hati kita?
"Manusia diberi ilham untuk memilih, jalan kejahatan atau jalan ketakwaan". Asy-Syams (91:8)
Pertandingan itu memang sepatutnya berciri keislaman. Namun atas sebab nafsu yang membuak-buak, terlalu ikutkan kehendak hati, maka rosaklah diri.
Kecewa dengan peserta yang tahu hak dan batil (kebanyakan), tapi campak ke tepi.
Batil vs Hak. Batil wins.
Syaitan pun melompat-lompat kegirangan sebab anak-anak keturunan Adam tumpas sekali lagi.
Perkara ini bukan sekali terjadi, malah seperti filem. Diulang-ulang.
Tahukan anda jihad terbesar adalah memerangi nafsu sendiri?
Kalau sibuk nak berjihad untuk Islam, fikirlah dulu. Jihad terbesar tu, berjaya tak kita laksanakan?
Refleksi untuk diri sendiri.
Renung-renungkan dan selamat beramal! :)
No comments:
Post a Comment