Tuesday, 1 February 2011

Rajin.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dia yang menciptakan manusia daripada segumpal tanah, dan memberikan nikmat akal hanya kepada manusia.

Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Lepas hampir sebulan bercuti kerana mat saleh disekeliling ingin menyambut Krismas, mesti timbul satu masalah besar.

Sampaikan masalah ni, jadi perbualan orang Yahudi kerana menganggap memang semua Muslim ada penyakit ini.

Merebak dengan teruknya sampaikan ke hari ini, tiada Muslim yang sedar. 

Dalam satu artikel yang pernah saya baca, tak ingat bila. Tapi, dalam masa kurang dari 6 bulan la. Orang Yahudi memerli umat Islam dan mengenal pasti punca kejatuhan umat Islam itu sendiri.

Ada tiga sebab, tapi yang saya ingat hanya dua. Maaf sangat. Berusaha cari yang lagi satu, insyaAllah.

Pertama, kerana umat Islam itu MALAS!

Kedua, umat Islam tak suka kaji sejarah.

Ketiga, akan diberitahu kemudian. Maaf sekali lagi.

Penyakit Malas. Sinonim dengan orang Melayu. Sungguh, sebab saya pun ada masalah ni.

Melayu = Malas.

Tapi, sebagai Muslim, patutnya tak boleh ada penyakit ni. Sebab Allah dah berfirman, dalam Surah Asy-Syarh, ayat 7 dan 8.

"Maka apabila engkau selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain),
dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap."

Zas masuk ke dalam hati tak? Oh, baca Al-Quran dengan hati kerana hati itu raja seluruh tubuh, bukannya akal.

Ayat tu dah menunjukkan yang Allah menyuruh manusia supaya jangan bersikap malas. T_T

Sangat penting, kalau tengok Rasulullah pun, tak pernah malas. Sentiasas ada je kerja yang nak buat. Tak buang masa langsung.

Siap semua sahabat claim yang hari-hari memang Rasulullah pergi ziarah mereka. Hebatnya Rasulullah.

Dakwah tak pernah tinggal, sahabat pun tak pernah tinggal. Ikon yang seharusnya menjadi idola setiap Muslim.

Sejarah pula penting untuk dikaji supaya kita tak melakukan kesilapan yang sama, sebagaimana kaum terdahulu pernah buat.

Orang yang tak mengkaji sejarah akan mengulangi kesilapan dahulu.

Hakikatnya, kita sekarang kembali semula ke zaman jahiliyyah, dimana rabb kita adalah yang selain dari Allah.

Contoh terdekat pasal kes buang bayi. Dah seiring dengan zaman jahiliyyah dulu, yang mana orang-orang Arab menanam bayi perempuan mereka hidup-hidup.

Akibat tak kaji sejarah Islam, kita ulang balik buat kesilapan yang sama.

Moga ini jadi peringatan kepada kita semua. 

Jangan jadi malas sebab Allah tak ajar pun kita jadi malas.

Renung-renungkan dan selamat beramal! :)

No comments: