Friday, 4 February 2011

Isu Revolusi Mesir.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selagi puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Hari masuk hari yang kesebelas. Doa yang tidak putus-putus untuk rakyat Mesir serta semua warganegara Malaysia di sana.

Mengharapkan yang terbaik untuk umat Islam. Adakah ini proses yang menunjukkan bahawa fasa "Islam akan menang" sudah bermula?

Ternyata rakyat di negara padang pasir itu sudah dibina dengan kefahaman yang mantap hinggakan mereka mampu untuk ber'revolusi' selama sebelas hari.

Tiada tanda-tanda mereka akan menyerah kalah. Dalam satu buku oleh Abbas As-Siisiy, 

"Kami masuk penjara dan kami disiksa dengan siksaan yang sangat hina. Kehormatan manusia dipijak-pijak oleh tindakan yang tidak bermoral, yang tak pernah terdengar sebelum ini. Hampir nyawa-nyawa kami melayang. Kami mampu menahan lapar dan dahaga, dan kami dapt mengetahui nilai makanan dan minuman setelah sudah lama tidak mendapatnya. 

Kami berada di tengah batalion dan di sekitar kami anjing-anjing galak dan cemeti. Pada saat itu, kami merasa ketakutan dan gementar. Ada yang pengsan, ada yang jatuh hingga kepalanya luka dan dibiarkan tanpa mendapat rawatan. Kami terus berlari tanpa berhenti untuk rehat dan dilarang berteduh dibawah teduhan. Ada yang terkencing, bahkan lebih dari itu.

Sebelum kami mengalami peristiwa ini, tidak pernah terbayang bahawa para pemuda mampu bertahan dengan siksaan ini, tanpa menghadapi kelumpuhan atau menghidap bermacam-macam penyakit. Setelah tragedi ini bertahun-tahun berlangsung, ini membuktikan bahawa manusia memiliki kekuatan yang amat dahsyat hingga mampu bersabar, bertahan dan tetap bermujahadah."

Ternyata belum masanya lagi untuk mereka menyerah kalah, setelah berada di bawah kepimpinan taghut selama 30 tahun. Jurang pendapatan antara orang kaya dan orang miskin sangat luas.

Dan video ini menceritakan tentang apa yang mereka takuti, iaitu bernaung dibawah khalifah Islam.


Kita boleh berlapang dada dengan mengatakan mereka bukan orang yang faham. Tapi, ini menunjukkan dakwah kita belum cukup meluas, hingga ada yang mempertikaikan khalifah islamiyah.

Sistem khalifah disamakan dengan Marxism. Ikhwan Muslimin atau Muslim Brotherhood dihina, padahal mereka tiada kaitan dengan revolusi ini. 

Mereka yang tak faham ini, siap sediakan link untuk bagi maklumat pada rakyat Amerika.

Seluruh Amerika tertipu kerana seorang pengacara yang paranoid. Menakutkan seluruh Amerika, kasihan kepada Israel.

Maklumlah, boneka kepada Israel kan, ikut je telunjuk. Lembu dicucuk hidung betul.

Komen berkenaan video ni akan disambung nanti. Kecewa sekarang.

Renung-renungkan, dan teruskan beramal.

No comments: