Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagiNya yang telah menciptakan segala hidupan di muka bumi untuk melengkapi keperluan manusia.
Alhamdulillah, segala puji hanya untukMu.
Kelas pada hari ini amat menarik. Tidak pernah saya sangka satu kelas yang pada awal sangkaan, dianggap biasa, seperti hari-hari yang lain.
Hari ini, perkara yang unik telah berlaku. Mendengar orang bukan Islam berbicara mengenai tujuan hidup.
Sebagai seorang Muslim, kita sudah tentu mempunyai tujuan dan matlamat hidup.
Tujuan hidup yang digariskan dalam Al-Quran ada dua, iaitu menjadi khalifatullah (Al-Baqarah:30) di bumi serta menlakukan ibadah hanya kepadaNya (Az-Zariyat:56-57).
Harus kita percaya dua tujuan hidup itu. Walaupun saya pasti ada yang tidak percaya tentang hakikat itu, atau lebih teruk lagi, cuba menidakkannya.
Namun, pada hari ini, pertama kali dalam hidup saya, dapat mendengar dengan jelas dan nyata pengakuan orang bukan Islam, tentang tujuan hidupnya.
Mereka berkata bahawa mereka tiada tujuan hidup.
Diberi peluang hidup di muka bumi hanya sebagai tikus makmal Tuhan. Subhanallah!
Malah, mereka mengakui hidup mereka seperti robot. Melakukan perkara yang sama setiap hari.
Hanya dengan melakukan kebaikan, Syurgalah tempat mereka. Sebaliknya, jika melakukan kejahatan, Nerakalah tempat mereka.
Teringat saat-saat OH! (Our History) semasa di London tahun lepas. Muslim bukanlah robot di muka bumi ini.
Tidak diciptakan untuk menjadi robot semata-mata hanya untuk hidup kosong semata-mata.
Tidak diciptakan untuk tidak mendapat ganjaran di akhirat kelak; syurga atau neraka.
"What life could possibly mean?", kata mereka.
Saat ini, saya dapat rasakan, mungkin bila mereka merasai Nur Islam itu, pasti mereka tahu hidup mereka tidak terhad pada dunia ini sahaja.
Mereka perlu tahu bahawa mereka bukanlah robot, sekiranya mereka faham.
Dua tujuan hidup tadi, sudah mencakupi kehidupan dunia dan akhirat.
Tanggungjawab melebihi masa. Mari berlari mengejar Syurga!
Renung-renungkan dan selamat beramal! :)
No comments:
Post a Comment