Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Tugas seorang guru adalah untuk mendidik anak-anak muridnya. Harapannya haya satu, untuk melihat anak-anak itu berjaya dalam hidup.
Maka setiap tahun, pasti ada ujian yang diberikan kepada anak-anak itu, untuk menguji kefahaman mereka tentang satu-satu mata pelajaran itu.
Dan semestinya, ujian itu adalah susah mengikut tahap masing-masing.
Pabila anak-anak itu lulus dengan cemerlang, diberi ucap syukur serta doa yang tidak putus-putus agar menjadi seorang yang berguna.
Mungkin salah seorang bakal khalifah yang memikirkan masalah umat di setiap negara Islam.
Yang tidak lulus cemerlang, diberi kata-kata semangat serta doa yang tidak putus, supaya dapat bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain.
Menjadi khalifah yang terbaik dimuka bumi ini.
Itulah hakikat kehidupan, kita memang sentiasa akan diuji oleh Pencipta kita.
Kita selalu membayangkan kesusahan yang ditimpakan kepada kita adalah yang paling susah untuk dihadapi. Kadangkala sampai ada yang meragut nyawa sendiri.
Memang susah, dah namanya ujian.
Yang susah itu, semestinya ujian. Yang senang juga, adalah satu ujian.
Tidak ada yang mudah dalam dunia ini. Semuanya susah belaka.
Yang kaya raya pasti susah menjaga hartanya supaya tidak dibelanjakan kepada perkara-perkara haram. Dan kerana itulah juga, disyariatkan supaya berzakat, kerana zakat itu menyucikan harta.
Yang miskin pula perlu mencari jalan untuk memberi makan pakai pada keluarga dari sumber yang halal. Tiada jalan mudah untuk menemui kesenangan.
Namun, jangan bersedih. Tengok video di bawah.
Jangan bersedih, Allah ada bersama kita.
No comments:
Post a Comment