Friday, 4 February 2011

Isu Revolusi Mesir.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Selagi puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Hari masuk hari yang kesebelas. Doa yang tidak putus-putus untuk rakyat Mesir serta semua warganegara Malaysia di sana.

Mengharapkan yang terbaik untuk umat Islam. Adakah ini proses yang menunjukkan bahawa fasa "Islam akan menang" sudah bermula?

Ternyata rakyat di negara padang pasir itu sudah dibina dengan kefahaman yang mantap hinggakan mereka mampu untuk ber'revolusi' selama sebelas hari.

Tiada tanda-tanda mereka akan menyerah kalah. Dalam satu buku oleh Abbas As-Siisiy, 

"Kami masuk penjara dan kami disiksa dengan siksaan yang sangat hina. Kehormatan manusia dipijak-pijak oleh tindakan yang tidak bermoral, yang tak pernah terdengar sebelum ini. Hampir nyawa-nyawa kami melayang. Kami mampu menahan lapar dan dahaga, dan kami dapt mengetahui nilai makanan dan minuman setelah sudah lama tidak mendapatnya. 

Kami berada di tengah batalion dan di sekitar kami anjing-anjing galak dan cemeti. Pada saat itu, kami merasa ketakutan dan gementar. Ada yang pengsan, ada yang jatuh hingga kepalanya luka dan dibiarkan tanpa mendapat rawatan. Kami terus berlari tanpa berhenti untuk rehat dan dilarang berteduh dibawah teduhan. Ada yang terkencing, bahkan lebih dari itu.

Sebelum kami mengalami peristiwa ini, tidak pernah terbayang bahawa para pemuda mampu bertahan dengan siksaan ini, tanpa menghadapi kelumpuhan atau menghidap bermacam-macam penyakit. Setelah tragedi ini bertahun-tahun berlangsung, ini membuktikan bahawa manusia memiliki kekuatan yang amat dahsyat hingga mampu bersabar, bertahan dan tetap bermujahadah."

Ternyata belum masanya lagi untuk mereka menyerah kalah, setelah berada di bawah kepimpinan taghut selama 30 tahun. Jurang pendapatan antara orang kaya dan orang miskin sangat luas.

Tuesday, 1 February 2011

Rajin.


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dia yang menciptakan manusia daripada segumpal tanah, dan memberikan nikmat akal hanya kepada manusia.

Segala puji hanya untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Lepas hampir sebulan bercuti kerana mat saleh disekeliling ingin menyambut Krismas, mesti timbul satu masalah besar.

Sampaikan masalah ni, jadi perbualan orang Yahudi kerana menganggap memang semua Muslim ada penyakit ini.

Merebak dengan teruknya sampaikan ke hari ini, tiada Muslim yang sedar. 

Dalam satu artikel yang pernah saya baca, tak ingat bila. Tapi, dalam masa kurang dari 6 bulan la. Orang Yahudi memerli umat Islam dan mengenal pasti punca kejatuhan umat Islam itu sendiri.

Ada tiga sebab, tapi yang saya ingat hanya dua. Maaf sangat. Berusaha cari yang lagi satu, insyaAllah.

Pertama, kerana umat Islam itu MALAS!

Kedua, umat Islam tak suka kaji sejarah.

Ketiga, akan diberitahu kemudian. Maaf sekali lagi.

Penyakit Malas. Sinonim dengan orang Melayu. Sungguh, sebab saya pun ada masalah ni.

Tuesday, 25 January 2011

Islam Agama Pengganas?


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagiNya, pencipta langit dan bumi, matahari dan bulan, semuanya berpasang-pasangan. Indah dan cantiknya, tak siapa mampu buat semua itu kecuali Allah.

Masa kini, keganasan atau terrorism amat sinonim dengan Islam. Sebagai seorang Muslim, saya ingin melahirkan perasaan kecewa saya terhadap dakwaan ini.

Adilkah bagi Islam didakwa sebagai pengganas kerana perlakuan umatnya?

Adakah umat yang melakukan keganasan tersebut menggunakan dalil yang harus kita rujuk; Al-Quran dan sunnah Rasulullah?

Islamkah perbuatan mereka? Atau mereka yang menIslamkan perbuatan mereka?

Matlamat tidak menghalalkan cara.

Apa jua matlamat, seperti mengeluarkan unsur-unsur kebaratan dari negara-negara Islam yang ingin dilakukan oleh Al-Qaeda.

Kita sendiri pun tidak pasti tentang kewujudan Al-Qaeda ini. Adakah hanya salah satu agenda dan propaganda musuh-musuh Islam itu sendiri?

Bila berkata tentang musuh, maksudnya mereka yang tidak mahu menerima Islam, malah tidak mahu tahu langsung tentang Islam, dan menentang orang-orang yang menginginkan cahaya Islam itu.

Perkara itu sama sekali tidak memerlukan tindakan kekerasan. Mungkin cara berlembut lebih berkesan kan?

Saturday, 22 January 2011

Ilmu


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagiNya, Tuhan sekalian alam. Dia yang mentadbir alam, walaupun sekalian alam sibuk dengan tugas-tugas mereka, ketika mereka bangun dan ketika mereka tidur.

Minta maaf atas kefuturan blog ni, dimana masa pengikut blog ini memerlukan makanan roh mereka, tak ada pula orang nak update.

Salah pengendala blog ini. Minta maaf sekali lagi.

Bagi yang menginginkan pengisian jiwa daripada blog ini, insyaAllah saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik.

Tapi, sesungguhnya yang memberi kefahaman kepada setiap orang itu hanyalah Allah Azza Wa Jalla. (Allah the Mighty and the Majestic)

Ada hadith Rasulullah saw yang berbunyi :

Daripada Abu Said al-Khudri r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:
"Orang yang berilmu tidak akan puas dari mencari ilmu yang didengarinya,
sehingga kesudahannya itu didalam syurga."
( Hadith Riwayat At-Tirmizi)

Disini dah cukup menunjukkan kepentingan ilmu dalam Islam sendiri. Tindak-tanduk kita sebagai seorang Muslim perlulah bersandarkan kepada ilmu. Kerana tanpa ilmu, amal kita tidak akan bergerak.

Dimana pun kita berada, ilmu itu sentiasa ada. Ilmu Allah itu sangat luas. Sebab itulah, kalau ke universiti, banyak course yang ditawarkan untuk kita belajar. Sehinggakan, semua manusia mampu untuk dicelupkan dalam warna yang berbeza.

Manusia punya variasi berdasarkan warna yang dicelupnya; ilmu yang dipilih untuk dipelajari.